Monday, May 18, 2009

Mesyuarat AJK PIBG kali ke 3

Assalamualaikum wrt wbt.

Seperti yang dijadualkan, Mesyuarat Kali ke 3 Jawatankuasa PIBG SK Jalan Kebun akan diadakan pada ;

20 Mei 09 ( Rabu ) jam 2.30 petang

Semua AJK diharap dapat menghadirkan diri.
Agenda ;
1. Ucapan Pengerusi.
2. Ucapan Penasihat PIBG
3. Program Kelas Bimbingan
4. Program Keibubapaan & Solat Hajat
5. Hal-hal Lain


Harap Maklum

3 comments:

  1. selamat bersidang ibu bapak dan encik/cik guru..besar dan kecik..
    Semoga persidangan ini memberi hasil/rumusan yang bernas..bersuaralah AJK..jangan asyik setuju..setuju..yo..yo..yes! keluarkan lah idea..untuk manfaat anak bangsa..jangan ada agenda tersembunyi..atau tak hadir meeting..kehadiran..mandatori tau..jangan zzzz.sebab meeting lepas waktu makan tghari..

    ReplyDelete
  2. Salam..
    Yang Mulia YDP...saya nak cadangkan..
    PER: Program Buat Padang dan turun Padang bagi mengatasi masaalah padang sekolah.
    Untuk mengumpul dana yang dikehendaki hampir RM 200 ribu rasanya sukar jika tiada sesuatu program khusus bagi memperolehi dana tersebut.
    Disyorkan:
    1. Kutipan derma berterusan tanpa hadmasa dan melantik agen kutipan (comisioning basis)
    2. menganjurkan hari expo(grand expo)/hari terbuka/pertunjukan/booth jualan.
    3. derma tajaan seperti rumput, jentera, tanah merah dll difikirkan sesuai.
    4. mengemukakan derma khusus kepada pihak koperat/ahli politik/ahli koperat/badan-badan tertentu.
    5. melantik satu jawatankuasa khas perlaksanaan (bagi satu dateline)
    6. melancarkan tabung kutipan.
    7. keluasan padang dibagikan kepada beberapa bahagian dan setiap bahagian ditajakan samada per kaki persegi/meter persegi/difikirkan sesuai.
    8. Sebagai penghargaan kepada penderma/penaja utama satu credit (seperti papan tanda logo kepada penyumbang syarikat) dipaparpan disekeliling padang macam pertandingan bolasepak.
    7.Lebih menarik jika padang ini tidak sekadar padangsahaja,,tetapi jadikan mini stadium yang mana boleh disewakan.
    8.Buat kutipan derma rumah kerumah.
    9. Ape-Ape aje asal masyuk!.

    ReplyDelete
  3. Pihak PIBG mengucapkan jutaan terima kasih atas pandangan dan idea saudara itu. Pihak kami akan memadukannya dengan idea rakan-rakan lain untuk pertimbangan.

    YDP

    ReplyDelete