Sunday, May 24, 2009

Solat Hajat dan Tajammu' Syabbab

Bagi membantu kejayaan anak-anak calon UPSR Sk Jalan Kebun Pihak PIBG akan menganjurkan
Program Solat Hajat bersama ABIM Selangor sempena Program Tajammu' Syabbab pada ;

30 Mei 09 ( Sabtu )
Padang An Naim , Jalan Kebun
8.00 Malam

Semua Ibubapa dan pelajar dijemput hadir.

Anda digalakkan berwuduk dari rumah.

Harap Maklum

Ceramah Keibubapaan

Pihak PIBG akan menganjurkan Program Kemahiran keibubapaan untuk semua ibubbapa pelajar tahun 6.

Semua Ibubapa pelajar Tahun 6 dijemput untuk Menghadiri;

Program Kemahiran Keibubapaan.
31 Mei 2009 ( Ahad )
Dewan Utama , SK Jalan Kebun
Masa 9.00 Pagi
Penceramah : YBhg. Dr Ruziah Ghazali
Pengurus Besar
Akademi Zakat Selangor


Mohon Jangan Diuzurkan.

Terkini Padang Sekolah SK Jalan Kebun

Perkembangan terkini Isu Padang SK Jalan Kebun

1. Pihak PIBG telah mengemukan Surat Rayuan kepada Menteri Pelajaran untuk projek padang yang telah dimulakan sejak tahun 1984.

2. Pihak PIBG telah menggunakan pelbagai saluran untuk merealisasikan impian Padang SKJK yang sekarang ini mula ditumbuhi semak samun semula.(urusan Hak milik tanah telah selesai)

3. Sekiranya Rayuan ini tidak berjaya, Pihak PIBG akan menggerakkan inisiatif untuk mengalihkan tanah di Tapak Quaters Guru lama untuk dibawa ke lokasi padang.
Namun begitu kos pengangkutan,rumput dan pengurusan agak tinggi juga. Sumbangan dan komitmen tuan-tuan semua adalah sangat diharapkan.

Harap Maklum.

Kelas Intensif UPSR

pada cuti sekolah akan datang Pihak SK Jalan Kebun dengan kerjsama PIBG akan mengadakan Kelas Intensif UPSR.

Semua pelajar tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini diwajibkan mengikuti Kelas Intensif semasa cuti sekolah yang datang.

Semua pelajar akan dibekalkan dengan set soalan UPSR dengan menggunakan sumbangan Rm50 yang disumbangkan oleh semua ibubapa calon UPSR.

Kelas tersebut akan bermula pada 1 - 4 Jun 09.

Diharap semua Ibubapa dapat memastikan kehadiran anak-anak tuan/puan ke kelas tersebut.

Harap Maklum

Sumbangan PIBG

Pihak jabatan Pelajaran Selangor telah meluluskan cadangan sumbangan untuk PIBG sebanyak Rm 30.00 seperti yang dicadangkan dan disokong sebulat suara dalam mesyuarat Agung PIBG yang lalu.

Oleh itu semua ahli PIBG digesa menunaikan tanggungjawab untuk menjelaskan sumbangan tersebut menjelang sesi persekolah dibuka.

Harap Maklum

Hari Terbuka Sekolah

Pihak SK Jalan Kebun akan mengadakan Hari Terbuka Sekolah pada ;

26 Jun 2009
8.00 pagi - 11.30 pagi ( Sesi Pagi)
3.00 - 6.00 petang ( Sesi Petang )

Semua ibubapa pelajar dijemput hadir untuk bertemu guru berbincang tentang perkembangan akademik dan sahsiah anak-anak tuan.

Sekian dimaklumkan

Selamat Menjalani Peperiksaan

PIHAK PIBG SKJK Mengucapkan Selamat Menjalani Peperiksaan Pertengahan Tahun kepada semua pelajar-pelajar SK Jalan Kebun.

Tarikh peperiksaan : 25 - 28 Mei 09

Kami mendoakan semoga anda memperolehi kejayaan cemerlang.

TERUSKAN USAHA GIGIH ANDA!


Monday, May 18, 2009

Selamat Hari Guru

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu ketika itu telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Logo Hari GuruSambutan perayaan Hari Guru peringkat kebangsaan bagi bagi tahun ini akan berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Perdana Menteri Malaysia dijangka akan merasmikan majlis ini. Tema Hari Guru kali ini adalah Guru Cemerlang Negara Terbilang manakala tahun lepas pula ialah Guru Penjana Modal Insan Gemilang.

Bersempena Hari Guru ini, disenaraikan di bawah ini beberapa sajak yang ditujukan kepada para guru untuk tatapan dan renungan bersama.


Abadi Dalam Harum Nama

Guru pendidik mulia
sudah berabad lalu
bermandi keringat
meniti gigi hari
mendaki puncak tinggi
di merata lurah dan denai
menabur bakti
tanpa mau dipeduli.

Guru pendidik mulia
bukan untuk dipuja
atau di dewa-dewa
siang dan malarnnya
adalah perjuangan jua
rela meluah bahagia
menelan duka nestapa
dengan senyum dan takwa
biarpun sayup di hutan belantara.

Guru pendidik mulia
laksana kuntum kembang mekar
memuncak nama pembela sejahtera
abadi dalam harum nama.

Ismala
1988


Bunga Sirih untuk Guru

Guru adalah Ibu pengasuh budiman
guru adalah ratu lebah
lalu memujuk membelai kelopak
cinta kasih sayang
lilinnya berbunga sinar cahaya
madunya berbunga penawar jiwa.

Guru adalah penyu pengasih
lalu menabur bunga telur
baktinya segar mewangi
sepanjang pantal zaman.

Guru adalah lampu penyuluh
pedoman kehidupan
guru adalah pendakwah
lalu mengikut jejak Nabi Muhammad
memimpin insan
ke jalan lurus ke padang luas.

Bunga sirih bunga pirtang
terima kasih terima savang
budi bicara guru berjasa
kami sanjung tinggi.

J.M. Aziz
Rumah Puisi
Seberang Takir
Kuala Terengganu


Dia Seorang Guru

Dia seorang guru tua sebuah sekolab
terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganiaran upah
tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah
sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah

yang mengangkat harga diri dan maruah
dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
dengan kelkhlasan had dan pasrah
dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah
berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah.
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu.

Ismail Haji Adnan
1989


Guruku

Seperti lilin
sewaktu waktu akan cair
gugur lalu membeku
sepi pun datang menutup pandang
tinggallah waktu
mengakhiri seJarah panjangnya.

Seperti engkau
sewaktu waktu penyuluh hidupku
betapa dalam kegelapan maya
engkau perkenalkan daku dengannya
suria dan bintang cakerawala
sehingga seluruh jagatraya ini
tiba-tiba menjadi milikku.

Kehadiranmu adalah suatu fitrah
lepas itu, engkau kutinggalkan
kukira engkau kesepian kini
mengakhiri sisa-sisa hidupmu
tanpa belaian kasih
ratusan anak-anakmu
yang telah engkau berikan obor.

Dan pagi ini kudakap wajahmu dalam kenangan
seorang anak yang pernah engkau lukai
kini pencintamu paling setia
sehingga ke akhir hayat.

Zam Ismail
Seremban
1985


Jasamu Dikenang

Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.

Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu sud semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut had
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.

Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.

Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di huj'ung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan karra kenang sepanjang zaman.

Ahmad Sarju
Klang
1988


Pelita Sebuah

Dengan sinar cahaya
di malam gelita
kelip-kelip warnanya
menerangi kamar alam
sekian lama malam
merantai kegelapan
akhlrnya kukenal siang
berwajah suram
alangkah indahnya cluma
kuhhat di dalam terang.

Pelita sebuah
membawa cahaya ilmu
hutan menjadi terang
gua malam
bercahaya api
lautan menjadi tenang
gelombang clan karang
dapat direnang
kujelajahl malam
tanpa bimbang.

Ami Masra
UPM Serdang
1988


Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

Mesyuarat AJK PIBG kali ke 3

Assalamualaikum wrt wbt.

Seperti yang dijadualkan, Mesyuarat Kali ke 3 Jawatankuasa PIBG SK Jalan Kebun akan diadakan pada ;

20 Mei 09 ( Rabu ) jam 2.30 petang

Semua AJK diharap dapat menghadirkan diri.
Agenda ;
1. Ucapan Pengerusi.
2. Ucapan Penasihat PIBG
3. Program Kelas Bimbingan
4. Program Keibubapaan & Solat Hajat
5. Hal-hal Lain


Harap Maklum