Thursday, April 30, 2009

Kerjasama Anda Diperlukan

"Sebatang lidi tidak boleh dipanggil penyapu dan
sebatang pokok getah tidak boleh dipanggil estet"


Sebagai sebuah persatuan yang menjadi medan ibubapa dan warga pendidik bertemu dan berbincang sewajarnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh keluarga besar PIBG.

Persatuan bukan sekadar sebuah badan sosial untuk bertemu setahun sekali atau badan kebajikan semata-mata tetapi ia harus menjadi rakan kongsi penjana pembangunan dan kecemerlangan.

Matlamat dan aspirasi yang menggunung tinggi tidak akan tercapai tanpa kerjasama dan muafakat antara semua pihak.

Kepala lokomotif yang menjadi penggerak utama gerabak tidak akan memberi manfaat yang maksimum sekiranya hanya kepala itu sahaja yang bergerak sendirian.

Ia hanya akan menjadi sebuah keretapi yang benar-benar berjasa dan berguna sekiranya ia bergerak bertautan menuju ke destinasinya.

Kepada semua pihak yang prihatin dengan kemajuan dan kecemerlangan anak-anak, marilah kita menjadi lidi yang diikat menjadi penyapu yang berguna untuk membersihkan segala kekotoran dan sampah sarap yang bertaburan.

YDP

3 comments:

  1. Syabas kepada YDP.
    Diharap PIBG bergerak lebih maju dan efisen. Setiap tahun bertukar jawatankuasa dan pelbagai perancangan namun iannya masih ditakuk lama..seperti yang lalu juga.saya mengikuti perkembangan PIBG ni..dah berpuluh tahun (sampai anak dah nak keluar u sehingga yg baru masuk tahun satu..)...namun isu nya pusing-pusing situ juga..sehingga malas nak hadir mesyuarat sebab..apa..perlaksanaannya kureng...contohnya..macam soal padang sekolah..sampai bila?...soal keselamatan lalulintas..soal.peningkatan bahasa inggeris..ini cerita lapuk!..dll..(malas nak cakap) setiap tahun macam-macam cadangan
    diberi..namun..habuk! Apa yang sebenarnya PIBG
    cuba sasarkan..atau hanya sekadar penyambung tradisi berpesatuan..YDP, AJK ..Gurubesar silih berganti jua (macam politiking society) .memungkin perubahan dan pembaharuan..tapi setakat ini..rambut dah beruban pun isunya masih sama.. samar dengan arah tuju..Kesian..setiap tahun bila nak bersukan..hampir separuh nyawa pelajar kena merentas desa ke padang MBSA dan berpanas terik (mcm pekerja kontrek)pulang ditghari...(cair kepala otak murid)
    Guru berpayung dan bertopi lebar.....!!!cuba sesekali guru-guru merasai nikmat berjemur kepanasan terik mentari..mesti best punya..mcm mat salleh datang berjemur kat pantai! cantik kulit...(kepanasan sekarang bukan macam zaman dulu..dah melebihi 34c.
    Kalau ssetakat bermesyuarat macamna nak bayar yuran..tetapkan yuran..anjurkan sembahyang hajat..kelas tiusyen..(semaklah minit2 mesyuarat 10 tahun dulu.)buku yang sama ..tukar kulit baru jer..

    ReplyDelete
  2. Selamat hari Cikgu..ustaz dan ustazah..teacher..tutor..pensyarah..guru besar..guru kecil..tok guru..mahaguru..pengetua.. penolong kanan..penolong kiri... penyelia petang..pagi...siang..malam..pendidik..dan semua yang merasakan diri mereka pengajar, pendidik..pemberi ilmu..selamat..selamat.

    ReplyDelete
  3. Tahniah kerana menjadi orang pertama yang memberi respon kepada blog PIBG ini.

    Pihak kami mengucapkan terima kasih atas komen saudara dan kami mendengar.


    YDP

    ReplyDelete