Thursday, August 20, 2009

PROGRAM BACATHON UNTUK ANAK ANDA


PIBG SK Jalan Kebun telah melancarkan Program Bacathon 2009. Tujuan program ini ialah untuk ;

1. Membina Bumbung dataran sekolah : Rm 75,000.00

2. Tembok pagar sekolah : Rm50,000.00

3. Pondok Basikal pelajar : Rm20,000.00

4. Buku dan bahana bacaan pusa sumber : Rm5,000.00


HADIAH GALAKAN

Bagi menggalakkan lagi kempen kutipan sumbangan untuk menjayakan program ini, pihak penganjur telah menyediakan hadiah insentif untuk ibubapa/pelajar dan guru.

sempena bulan Ramadan yang mulia ini, PIBG dan Pihak SK Jalan Kebun membuka peluang seluas-luasnya untuk semua orang menambahkan lagi pelaburan saham akhirat anda.

Hadiah utama untuk kutipan tertinggi : Percutian 3Hari 2 malam untuk keluarga di Resort.

Tunggu Apa lagi, Jom Derma!




Basikal ini untuk anda!....

yang berjaya membuat kutipan tertinggi :)




PONDOK BASIKAL YANG SESAK

memandangkan jumlah pelajar yang semakin bertambah terutama yang menunggang basikal ke sekolah, kemudahan pondok basikal semakin sesak. Ramai pelajar yang meletakkan basikal di padang dan luar kawasan sekolah.

Pondok basikal yang baru akan dibina di belakang kantin dikawasan tanah padang.
















Di sinilah tempat cadangan untuk pondok basikal yang baru. Kawasan belukar yang semak ittu ialah tapak padang sekolah yang masih terbengkalai. Pihak Kementerian kena turun padang tengok keperluan padang ini semakin mendesak!

Tuesday, July 7, 2009

Tajammu' Syabbab

















Program Tajammu' Syabbab ;- Program bermula dengan Solat Maghrib berjamaah diketuai oleh Al Fadhil Ustaz Azman Ahmad.Dianggarkan lebih 500 orang dari kalangan ibubapa dan pelajar yang mengikuti program ini.

Selepas solat Hajat, sedikit tazkirah ringkas telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz berkaitan motivasi ibadah dan kejayaan hidup manusia .


Kosakata :
Tajammu' = Perhimpunan
Syabbab = remaja / pemuda / belia

Tiga Perkara Penting

beberapa perkara penting yang perlu diambil maklum dan perhatian ibubapa ialah ;

1. Program Gerak Gempur Tahun 6 akan bermula 14 Julai 09 iaitu pada hari Selasa dan Rabu selama 6 minggu. Sebanyak 6 set soalan akan diberikan kepada semua calon peperiksaan untuk meamhirkan mereka dengan kertas soalan sebenar.

2. Masih ramai ahli persatuan PIBG yang belum menjelaskan sumbangan Rm30/ keluarga. Jumlah yang telah menjelaskan setakat ini ialah 690 orang sahaja.( 38%). Surat makluman kali kedua telah diedarkan kepada semua pelajar untuk tindakan segera ibubapa semua.

3. Kelas bimbingan yang dirancang pada bulan jun tidak dapat dijalankan kerana masalah kekurangan guru. Mesyuarat memutuskan program ini dibatalkan dan akan cuba dimulakan semula pada awal bulan Disember 2009.Wang yuran yang telah dikutip akan dikembalikan semula dalam masa yang terdekat.

Harap Maklum

YDP

Program Bacathon Untuk Semarakkan Budaya ilmu

Dalam Mesyuarat AJK PIBG yang telah berlangsung pada 7 Julai 09 memutuskan ;

1. Program Bacathon akan diteruskan dan dilancarkan pada 7 Ogos 09. Penaung yang telah dilantik ialah Tuan Hj Manan Kasmuri. Sasaran kutipan ialah Rm130,000. Tempoh masa yang ditetapkan ialah selama dua bulan. Objektifnya selain untuk meningkatkan keperluan dan fasiliti pusat sumber, ia juga bertujuan untuk membina beberapa pondok wakaf bacaan untuk kegunaan pelajar sewaktu rehat.

Setakat ini pihak sekolah dan PIBG masih menunggu maklumbalas dari pihak kerajaan tentang kelulusan untuk projek padang Sekolah dan Projek prasarana yang lain. Justeru itu, program bacathon ini akan tetap diteruskan.

Mesyuarat AJK PIBG kali ke 4

Semua AJK PIBG dijemput hadir ke Mesyuarat ini jika tiada keuzuran.

7 Julai 09 ( Selasa )
2.30 petang
Bilik Mesyuarat SK Jalan Kebun

Agenda;
1. Ucapan Pengerusi / YDP PIBG
2. Ucapan Guru Besar
3. Membentangkan minit mesyuarat yang lalu.
4. Perkara berbangkit.
5. Hal-hal lain


kepada ibubapa dan pengunjung blog yang ada idea boleh kemukan kepada kami melalui bog ini atau emai : pibgskjalankebun@gmail.com

Sunday, May 24, 2009

Solat Hajat dan Tajammu' Syabbab

Bagi membantu kejayaan anak-anak calon UPSR Sk Jalan Kebun Pihak PIBG akan menganjurkan
Program Solat Hajat bersama ABIM Selangor sempena Program Tajammu' Syabbab pada ;

30 Mei 09 ( Sabtu )
Padang An Naim , Jalan Kebun
8.00 Malam

Semua Ibubapa dan pelajar dijemput hadir.

Anda digalakkan berwuduk dari rumah.

Harap Maklum

Ceramah Keibubapaan

Pihak PIBG akan menganjurkan Program Kemahiran keibubapaan untuk semua ibubbapa pelajar tahun 6.

Semua Ibubapa pelajar Tahun 6 dijemput untuk Menghadiri;

Program Kemahiran Keibubapaan.
31 Mei 2009 ( Ahad )
Dewan Utama , SK Jalan Kebun
Masa 9.00 Pagi
Penceramah : YBhg. Dr Ruziah Ghazali
Pengurus Besar
Akademi Zakat Selangor


Mohon Jangan Diuzurkan.

Terkini Padang Sekolah SK Jalan Kebun

Perkembangan terkini Isu Padang SK Jalan Kebun

1. Pihak PIBG telah mengemukan Surat Rayuan kepada Menteri Pelajaran untuk projek padang yang telah dimulakan sejak tahun 1984.

2. Pihak PIBG telah menggunakan pelbagai saluran untuk merealisasikan impian Padang SKJK yang sekarang ini mula ditumbuhi semak samun semula.(urusan Hak milik tanah telah selesai)

3. Sekiranya Rayuan ini tidak berjaya, Pihak PIBG akan menggerakkan inisiatif untuk mengalihkan tanah di Tapak Quaters Guru lama untuk dibawa ke lokasi padang.
Namun begitu kos pengangkutan,rumput dan pengurusan agak tinggi juga. Sumbangan dan komitmen tuan-tuan semua adalah sangat diharapkan.

Harap Maklum.

Kelas Intensif UPSR

pada cuti sekolah akan datang Pihak SK Jalan Kebun dengan kerjsama PIBG akan mengadakan Kelas Intensif UPSR.

Semua pelajar tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini diwajibkan mengikuti Kelas Intensif semasa cuti sekolah yang datang.

Semua pelajar akan dibekalkan dengan set soalan UPSR dengan menggunakan sumbangan Rm50 yang disumbangkan oleh semua ibubapa calon UPSR.

Kelas tersebut akan bermula pada 1 - 4 Jun 09.

Diharap semua Ibubapa dapat memastikan kehadiran anak-anak tuan/puan ke kelas tersebut.

Harap Maklum

Sumbangan PIBG

Pihak jabatan Pelajaran Selangor telah meluluskan cadangan sumbangan untuk PIBG sebanyak Rm 30.00 seperti yang dicadangkan dan disokong sebulat suara dalam mesyuarat Agung PIBG yang lalu.

Oleh itu semua ahli PIBG digesa menunaikan tanggungjawab untuk menjelaskan sumbangan tersebut menjelang sesi persekolah dibuka.

Harap Maklum

Hari Terbuka Sekolah

Pihak SK Jalan Kebun akan mengadakan Hari Terbuka Sekolah pada ;

26 Jun 2009
8.00 pagi - 11.30 pagi ( Sesi Pagi)
3.00 - 6.00 petang ( Sesi Petang )

Semua ibubapa pelajar dijemput hadir untuk bertemu guru berbincang tentang perkembangan akademik dan sahsiah anak-anak tuan.

Sekian dimaklumkan

Selamat Menjalani Peperiksaan

PIHAK PIBG SKJK Mengucapkan Selamat Menjalani Peperiksaan Pertengahan Tahun kepada semua pelajar-pelajar SK Jalan Kebun.

Tarikh peperiksaan : 25 - 28 Mei 09

Kami mendoakan semoga anda memperolehi kejayaan cemerlang.

TERUSKAN USAHA GIGIH ANDA!


Monday, May 18, 2009

Selamat Hari Guru

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu ketika itu telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Logo Hari GuruSambutan perayaan Hari Guru peringkat kebangsaan bagi bagi tahun ini akan berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Perdana Menteri Malaysia dijangka akan merasmikan majlis ini. Tema Hari Guru kali ini adalah Guru Cemerlang Negara Terbilang manakala tahun lepas pula ialah Guru Penjana Modal Insan Gemilang.

Bersempena Hari Guru ini, disenaraikan di bawah ini beberapa sajak yang ditujukan kepada para guru untuk tatapan dan renungan bersama.


Abadi Dalam Harum Nama

Guru pendidik mulia
sudah berabad lalu
bermandi keringat
meniti gigi hari
mendaki puncak tinggi
di merata lurah dan denai
menabur bakti
tanpa mau dipeduli.

Guru pendidik mulia
bukan untuk dipuja
atau di dewa-dewa
siang dan malarnnya
adalah perjuangan jua
rela meluah bahagia
menelan duka nestapa
dengan senyum dan takwa
biarpun sayup di hutan belantara.

Guru pendidik mulia
laksana kuntum kembang mekar
memuncak nama pembela sejahtera
abadi dalam harum nama.

Ismala
1988


Bunga Sirih untuk Guru

Guru adalah Ibu pengasuh budiman
guru adalah ratu lebah
lalu memujuk membelai kelopak
cinta kasih sayang
lilinnya berbunga sinar cahaya
madunya berbunga penawar jiwa.

Guru adalah penyu pengasih
lalu menabur bunga telur
baktinya segar mewangi
sepanjang pantal zaman.

Guru adalah lampu penyuluh
pedoman kehidupan
guru adalah pendakwah
lalu mengikut jejak Nabi Muhammad
memimpin insan
ke jalan lurus ke padang luas.

Bunga sirih bunga pirtang
terima kasih terima savang
budi bicara guru berjasa
kami sanjung tinggi.

J.M. Aziz
Rumah Puisi
Seberang Takir
Kuala Terengganu


Dia Seorang Guru

Dia seorang guru tua sebuah sekolab
terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganiaran upah
tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah
sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah

yang mengangkat harga diri dan maruah
dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
dengan kelkhlasan had dan pasrah
dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah
berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah.
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu.

Ismail Haji Adnan
1989


Guruku

Seperti lilin
sewaktu waktu akan cair
gugur lalu membeku
sepi pun datang menutup pandang
tinggallah waktu
mengakhiri seJarah panjangnya.

Seperti engkau
sewaktu waktu penyuluh hidupku
betapa dalam kegelapan maya
engkau perkenalkan daku dengannya
suria dan bintang cakerawala
sehingga seluruh jagatraya ini
tiba-tiba menjadi milikku.

Kehadiranmu adalah suatu fitrah
lepas itu, engkau kutinggalkan
kukira engkau kesepian kini
mengakhiri sisa-sisa hidupmu
tanpa belaian kasih
ratusan anak-anakmu
yang telah engkau berikan obor.

Dan pagi ini kudakap wajahmu dalam kenangan
seorang anak yang pernah engkau lukai
kini pencintamu paling setia
sehingga ke akhir hayat.

Zam Ismail
Seremban
1985


Jasamu Dikenang

Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.

Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu sud semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut had
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.

Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.

Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di huj'ung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan karra kenang sepanjang zaman.

Ahmad Sarju
Klang
1988


Pelita Sebuah

Dengan sinar cahaya
di malam gelita
kelip-kelip warnanya
menerangi kamar alam
sekian lama malam
merantai kegelapan
akhlrnya kukenal siang
berwajah suram
alangkah indahnya cluma
kuhhat di dalam terang.

Pelita sebuah
membawa cahaya ilmu
hutan menjadi terang
gua malam
bercahaya api
lautan menjadi tenang
gelombang clan karang
dapat direnang
kujelajahl malam
tanpa bimbang.

Ami Masra
UPM Serdang
1988


Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

Mesyuarat AJK PIBG kali ke 3

Assalamualaikum wrt wbt.

Seperti yang dijadualkan, Mesyuarat Kali ke 3 Jawatankuasa PIBG SK Jalan Kebun akan diadakan pada ;

20 Mei 09 ( Rabu ) jam 2.30 petang

Semua AJK diharap dapat menghadirkan diri.
Agenda ;
1. Ucapan Pengerusi.
2. Ucapan Penasihat PIBG
3. Program Kelas Bimbingan
4. Program Keibubapaan & Solat Hajat
5. Hal-hal Lain


Harap Maklum

Thursday, April 30, 2009

Kerjasama Anda Diperlukan

"Sebatang lidi tidak boleh dipanggil penyapu dan
sebatang pokok getah tidak boleh dipanggil estet"


Sebagai sebuah persatuan yang menjadi medan ibubapa dan warga pendidik bertemu dan berbincang sewajarnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh keluarga besar PIBG.

Persatuan bukan sekadar sebuah badan sosial untuk bertemu setahun sekali atau badan kebajikan semata-mata tetapi ia harus menjadi rakan kongsi penjana pembangunan dan kecemerlangan.

Matlamat dan aspirasi yang menggunung tinggi tidak akan tercapai tanpa kerjasama dan muafakat antara semua pihak.

Kepala lokomotif yang menjadi penggerak utama gerabak tidak akan memberi manfaat yang maksimum sekiranya hanya kepala itu sahaja yang bergerak sendirian.

Ia hanya akan menjadi sebuah keretapi yang benar-benar berjasa dan berguna sekiranya ia bergerak bertautan menuju ke destinasinya.

Kepada semua pihak yang prihatin dengan kemajuan dan kecemerlangan anak-anak, marilah kita menjadi lidi yang diikat menjadi penyapu yang berguna untuk membersihkan segala kekotoran dan sampah sarap yang bertaburan.

YDP

Tuesday, April 28, 2009

Kelas Bimbingan Bantu Tingkatkan Kecemerlangan

Pihak PIBG SK Jalan Kebun pada tahun ini akan mengadakan KELAS BIMBINGAN untuk murid-murid tahun 3,4 dan 5.

Seramai 200 orang murid telah mendaftar untuk mengikuti kelas tersebut.

Kelas tersebut akan diadakan pada hari sabtu minggu ke dua dan keempat dari pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

Penyelaras Kelas bimbingan ini ialah Cikgu Naim dan Cikgu Shahril.

Diharapkan agar kelas bimbingan ini akan dapat membantu pelajar-pelajar yang lemah dalam subjek-subjek tertentu, sekaligus akan membantu meningkatkan kecemerlangan dalam peperiksaan yang akan datang.

Kepada semua ibubapa dan penjaga diharap dapat memberikan kerjasama dan dorongan kepada anak masing-masing agar lebih bersungguh-sungguh dalam menimba ilmu.

YDP

Tuesday, April 21, 2009

AJK PIBG 2009/2010

Jawatankuasa 2009/2010

PENASIHAT
EN. WAN RUSLAN BIN WAN BAKAR

YANG DIPERTUA
EN. MOHD ZAWAWI BIN AHMAD MUGHNI

NAIB YANG DIPERTUA
AHMAD FAUZAN BIN KESUT

SETIAUSAHA
PN. AZIDA BINTI HAMZAH

BENDAHARI
PN. HAIRANI BINTI SHAMSUDIN

AHLI JAWATANKUASA (GURU)
EN. SHAHARIL RIZA BIN ABDULL RAHMAN
EN. NAIM BIN SAIM
PN. HARLIYANA BINTI RAMLI
PN. RUHAIDAH BINTI MOHD SALEHAN
PN. AISHAH BINTI IDRIS

AHLI JAWATANKUASA(IBU BAPA)
EN. MOHD. ARIFF BIN SUJUD
EN. ISHAK BIN SENIN
PN. SITI HAFIZAH BINTI IKHSAN
PN. NORFAZDIONZURA BINTI ABDUL WAHAB
EN. SAYUTI BIN ISMAN
EN. MOHD YUSRI BIN TAWIL

JURUAUDIT
KAMAL BIN SAMAT
PN. HANI DZATIL ASYIKIN BINTI MOHAMAD SHAARI

Thursday, April 16, 2009

Kempen Derma Untuk Pembangunan

Askm wrt wbt

1. Pihak sekretariat PIBG SKJK mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada AJK yang sudi meluangkan masa untuk bermesyuarat untuk kali yang ke 2/09.

2. Beberapa keputusan penting telah dibuat antarnya ialah ;

2.1 "Program Bacathon" - Kempen Kutipan derma untuk Projek Membina Padang sekolah dan Dewan Terbuka. Sasaran yang ingin dicapai ialah Rm300,000 untuk tempoh 3 tahun.
Projek akan bermula pada - 1 Ogos 2009. Diharap semua ahli persatuan dapat memberikan kerjasama dan dokongan kepada projek ini.

3. Program Keibubapaan dan Solat Hajat - Tujuannya ialah untuk membantu spiritual anak-anak darjah 6 yang akan mengambil peperiksaan UPSR pada tahun ini. Majlis akan diadakan di Masjid An Naim pada bulan Mei depan. Tarikh dan masa akan dimaklumkan kemudian.

4. Pihak Jawatankuasa berharap semua ahli dapat memanfaatkan kemudahan ICT dengan menggunakan Blog dan web untuk menyalurkan pandangan dan idea demi membangunkan prestasi sekolah dan pencapaian ilmu anak-anak kita.

"Sekolah kita tanggungjawab kita"

Terima kasih atas kunjungan anda!

Syukran

YDP

Tuesday, April 14, 2009

Mesyuarat PIBG SKJK kali ke 2

askm wrt. wbt dan salam persaudaraan,

Seperti yang dipersetujui dalam mesyuarat AJK PIBG yang lalu bahawa menyuarat yang kedua akan diadakan pada ;

16 April 2009 ( Khamis ) jam 2.30 petang.

Kepada semua Ajk harap dapat menyediakan laporan perkembangan tugasan terutama takwim aktiviti yang akan dilaksanakan untuk tahun 2009.

Komitmen dan kesungguhan anda semua merupakan ubat perangsang kepada kemajuan dan kejayaan anak-anak kita.

Kehadiran mohon jangan diuzurkan.

Terima Kasih


YDP

Thursday, March 26, 2009

Membangun Bersama Untuk faedah Bersama

Dalam Mesyuarat AJK PIBG kali pertama pada 26 Mac 2009, beberapa keputusan penting telah diambil antaranya ialah ;

1. Projek Membangunkan prasarana tambahan iaitu Dewan Terbuka ,Gusur Gajah dan Tempat Letak Basikal untuk keselesaan pelajar.

Nilai kos anggaran projek : Rm 100,000.

2. Kelas Bimbingan Pelajar
Kelas tersebut akan diadakan pada pagi Sabtu kedua dan keempat selama 3 jam.
Yuran Penyertaan dicadangkan Rm20.

3. Program Kecemerlangan UPSR akan terus berjalan seperti yang dirancang. Kutipan sumbangan Rm50 yang akan dikutip selepas ini akan digunakan sepenuhnya untuk aktiviti pelajar.
pada 27 Mac 2009 - Program Motivasi Sehari bersama Rabbani.

Pihak Pentadbiran amat berbesar hati sekiranya setiap ahli persatuan dapat memberikan pandangan dan maklumbalas kepada semua aktiviti dan perancangan pembangunan sekolah.

'Sekolah Kita Tanggungjawab Kita"

Wednesday, March 25, 2009

Mesyuarat AJK Kali pertama Sesi 2009/2010

Assalamualikum wrt wbt

1. PIBG SK Jalan Kebun akan mengadakan mesyuaratnya yang pertama pada 26 Mac 2009 ( Khamis ) pada pukul 3.00 petang.

2. Pihak pentadbiran mengalu-alukan kepada semua AJK yang telah dilantik dan dipilih oleh ahli dalam Mesyuarat Agung yang lalu.

3. Agenda Mesyuarat lebih kepada pengenalan dan perancangan untuk tahun mendatang.

4. Semoga kehadiran anda semua akan merancakkan lagi gerak kerja persatuan untuk membantu meningkatkan prestasi anak-anak kita dan pembangunan sekolah.

Terima kasih

Yang Dipertua

Wednesday, March 4, 2009

PELUANG PELABURAN AKHIRAT

Salam Sejahtera dan salam muhibbah,

1. Pihak PIBG SK Jalan Kebun masih belum menerima apa-apa maklum balas dari pihak-pihak yang berpotensi untuk membantu membangunkan projek-projek pembangunan sekolah.

2. Beberapa pihak telah menawarkan diri untuk membawa perkara ini ke pihak-pihak berkenaan di kementerian termasuklah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Sebenarnya kami telah mencuba beberapa kali ke pihak atasan tetapi jawapan yang biasa diberi ialah 'ekonomi gawat, bajet kena potong'!

3. Akhirnya , pihak PIBG terpaksa berusaha sendiri untuk menjadikan mimpi sebuah realiti. Beberapa alternatif telah dikenalpasti untuk tindakan selanjutnya.

apa yang perlu anda buat?

1. Hubungi pihak Sekolah atau PIBG untuk mengetahui lebih lanjut tentang projek yang akan dijalankan.

2. Berikan nama dan no telefon alumni SKJK yang berpotensi untuk membantu projek ini.

3. sekiranya ada penyumbang dan penderma yang ingin menyumbang idea, tenaga dan herta benda sila berhubung terus ke sekolah dengan segera.

" Kalau bukan anda siapa lagi, kalau bukan sekarang bila lagi""

Kita digalak infak di jalan Allah


Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

FIRMAN Allah s.w.t., Hai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian daripada rezeki yang telah kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi syafaat.

Dan orangorang kafir. Itulah orang-orang yang zalim. (al-Baqarah: 254)

SYEIKH Sya’rawi berkata: “Dengan pengorbanan manusia sama ada jiwa raga atau harta benda seperti ayat-ayat terdahulu maka amat munasabah dibincangkan di sini berkenaan nafkah khususnya pada zaman dahulu orang yang berperang akan menyediakan peralatan perang sama ada kudanya, lembing, pedang dan alat-alat panah. Semuanya itu memerlukan kepada nafkah”.

Allah membicarakan hal ini kerana untuk mengekalkan keimanan yang digambarkan pada manhaj langit yang dibawa oleh rasul-rasul supaya manhaj ini sentiasa kekal di bumi sehingga manusia kembali padanya.

Sayyid Qutub berkata: “Oleh sebab itulah selepas pembicaraan mengenai perselisihan dan peperangan itu ayat yang berikut diiringi seruan, “Wahai orang-orang yang beriman!” Ia mengajak mereka mengeluarkan infak di jalan Allah daripada sebahagian rezeki yang telah dikurniakan Allah kepada mereka. Infak itu gambaran jihad dan nadi jihad”.

Firman Allah: Hai orang-orang yang beriman.

Sayyid Qutub berkata: Itulah seruan dengan menyebut sifat yang sangat disukai oleh orang-orang yang beriman, iaitu sifat beriman yang menghubungkan mereka dengan Allah yang menyeru mereka dan yang dipercayai oleh mereka.

Itulah seruan kepada infak di jalan Allah dengan menghulurkan sebahagian dari rezeki yang telah dikurniakan Allah kepada mereka, kerana Allahlah yang memberi dan Dialah juga yang menyeru supaya membelanjakan apa yang telah diberikanNya (ke jalan Allah).

Firman Allah, Belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian daripada rezeki yang telah kami berikan kepadamu.

Al-Baghawi menaqalkan pendapat As-Suddi dengan berkata: “Dikehendaki dengannya zakat yang difardukan. Pendapat yang lain pula dengan maksud sedekah sunat dan nafkah pada kebaikan”.

Sayyid Qutub berkata: “Itulah seruan merebut suatu peluang yang andainya terluput daripada mereka ia tidak akan kembali lagi”.

Firman Allah: Sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi syafaat.

Menurut Hamka: “Sekalipun engkau bersahabat karib dengan seorang yang hebat dalam agama, ia tidak akan membantumu atau mensyafaatkanmu di waktu itu supaya Allah meringankan azab terhadap kesalahanmu. Yang hanya dapat melindungimu di akhirat kelak ialah keinsafan sekarang. Harta benda yang telah dikurniakan Allah s.w.t. kepada kita bukanlah milik kita sepenuhnya walaupun setelah kita mengakui keimanan terhadap Allah”.

Orang yang beriman pasti mengakui keimanannya dan sekiranya dia bakhil tanda imannya telah tercalar.

Watak manusia ada dua: Sesetengah orang menamakannya dengan kata rayuan, ajakan halus yang dinamakan sebagai galakan. Maka pada ayat 245 kepada orang yang halus begini Tuhan berkata lain.

Tuhan bertanya: Siapakah gerangan yang sudi membuat pinjaman dengan Tuhan dengan satu pinjaman yang baik? Agar kelak dibayar dengan ganjaran yang berlipat kali ganda? Dan dengan halus pula Tuhan mengakui bahawa Dia kadang-kadang memberi dengan anugerah dengan lebar dan kadang-kadang dengan berbatas-batas. Namun semuanya akan kembali kepada Tuhan jua.

Namun di ayat yang tengah ini kita membicarakan Tuhan bukan bersabda ‘meminjam’. Sebab ada orang yang banyak mendengar kata demikian. Ayat ini memperingatkan bahawa rezeki yang kamu pakai dan makan itu daripada Tuhan asalnya: Razaqnakum. Kami kurniakan kepada kamu. Ayat ini bukan ancaman lagi melainkan sesudah ancaman. Tidak dipujuk rayu tetapi sebagai ancaman. Kalau kamu mengakui beriman, padahal kamu bakhil dan yang akan kamu keluarkan itu bukan milik kamu melainkan anugerah Allah. Maka berwaspadalah kamu di hadapan Allah kelak.

Sayyid Qutub berkata: “Itulah peluang dan kesempatan yang tiada lagi selepasnya – jika mereka kehilangannya – sebarang jual beli yang memberi keuntungan dan sebarang persahabatan atau pertolongan yang dapat menghindarkan mereka dari akibat kegagalan dan kecuaian itu”.

Ayat yang berikut memberi isyarat kepada mauduk infak yang kerananya Allah menyeru mereka supaya membelanjakan harta mereka, iaitu mauduk infak kerana jihad di jalan Allah untuk menolak kekafiran dan menolak kezaliman yang wujud di dalam kekafiran itu.

Firman Allah: Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim.

Sayyid Qutub berkata: Mereka telah menzalimi kebenaran kerana itulah mereka mengingkarinya. Mereka menzalimi diri mereka sendiri dengan meletakkan diri mereka di jalan kebinasaan. Mereka menzalimi orang ramai dengan perbuatan mereka menghalang mereka dari mendapat hidayat dan menindas mereka supaya meninggalkan keimanan. Melakukan pengeliruan dan pemalsuan terhadap mereka dan menafikan mereka dari kebajikan iman yang tiada tolok bandingnya, iaitu kebajikan mendapat kedamaian, rahmat, ketenteraman, kebaikan dan keyakinan.

Orang inilah musuh manusia yang paling jahat dan paling zalim. Oleh itu, kewajipan manusia ialah memburu mereka sehingga mereka menjadi lemah daripada melakukan kezaliman itu.

Al-Maghari berkata: “Iaitu mereka yang meninggalkan zakat merupakan yang menzalimi mereka sendiri. Ini kerana mereka meletakkan harta pada bukan tempatnya dan membelanjakannya bukan kerana Allah. Dengan sebab itulah Allah menamakan mereka sebagai kafir untuk memberi ancaman dan peringatan”.

Al-Nasafi berkata: “Mereka menjadi zalim kerana meninggalkan apa yang patut didahulukan bagi hajat-hajat mereka atau orang kafir pada hari ini merekalah yang zalim. Tiada jual beli padanya, rakan taulan dan pemberi syafaat sama ada orang Mekah atau orang Basrah”.

Iktibar Ayat:

* Seruan dengan orang yang beriman sebagai satu kemuliaan untuk melaksanakan arahan Allah s.w.t.

* Hari akhirat adalah hari di mana segala harta benda dan rakan-rakan taulan tidak boleh menyelamatkannya kecuali iman dan amal solehnya.

* Kezaliman adalah meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya apatah lagi membabitkan permasalahan akidah.

* DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI ialah pensyarah Fakulti Undang-undang dan Syariah, Universiti Sains Islam Malaysia, (USIM) Nilai.

SEKOLAH MEMBANGUN BERSAMA ALUMNI DAN PIBG

assalamualaikum semua pengunjung blog pibg sk jalan kebun,

Pihak PIBG 2009 mengucapkan selamat datang kepada anda semua dan mendoakan semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berbahagia.

Pihak PIBG pada tahun ini mengalu-alukan kepada semua bekas pelajar sekolah Kebangsaan Jalan Kebun untuk berkunjung ke portal sk jalan kebun untuk mengikuti perkembangan terkini pembangunan dan program sekolah yang telah berjasa ini.

Ada beberapa keperluan mendesak yang memerlukan sokongan dari dato'-dato', tuan-tuan dan semua alumni sk jalan kebun untuk membangunkan projek-projek berikut :

1. Padang sekolah - Kerja-kerja menimbus dan menanam rumput : Rm 200,000 ( anggaran )

2. Dewan Terbuka ( Dataran ) : Rm 60,000 +-

Memandangkan keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan, pihak kerajaan telah menangguhkan projek ini ke RMK-10 pada 2012 dan pihak PIBG mengambil pendekatan untuk cuba mengusahakan projek ini dengan sokongan dari ahli dan alumni sk Jalan Kebun.

untuk keterangan lanjut; sila hubungi pihak pentadbiran sekolah atau YDP PIBG 2009.

013 336 4550 ( Guru Besar )
019 333 9871 (YDP )

Sumbangan idea, tenaga dan harta amat dialu-alukan.