Sunday, May 24, 2009

Kelas Intensif UPSR

pada cuti sekolah akan datang Pihak SK Jalan Kebun dengan kerjsama PIBG akan mengadakan Kelas Intensif UPSR.

Semua pelajar tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini diwajibkan mengikuti Kelas Intensif semasa cuti sekolah yang datang.

Semua pelajar akan dibekalkan dengan set soalan UPSR dengan menggunakan sumbangan Rm50 yang disumbangkan oleh semua ibubapa calon UPSR.

Kelas tersebut akan bermula pada 1 - 4 Jun 09.

Diharap semua Ibubapa dapat memastikan kehadiran anak-anak tuan/puan ke kelas tersebut.

Harap Maklum

1 comment:

  1. Salam kepada terutamanya tuan guru besar, guru kecil dan ajk pibg sekelian.

    Ape dah jadi dengan tusyen ni. Dahlah ari tu batal, kelam kabut dan menyusahkan ibu bapa dan pelajar.!

    kutipan dah dibuat, prog tak jalan, apa sekolah makan ke duit tu!

    Patutlah sekolah ni tak berapa maju, dari atas sampai ke bawah semuanya slow. Ingatlah sikit, kerja mendidik tu amanah, macam mana org nak respek guru, kalau mcm nie.

    harap gaji hujung bulan saje.....ingat-ingatlah ooi , kena jawab dalam kubur kelak !
    Harap fikir-fikirlah!

    ReplyDelete